Ikuti Kami:

PKPB: Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan

PKPB: Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan

Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan, dapat dilihat segelintir rakyat Malaysia yang sudah mulai selesa serta membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Hal ini berikutan kes COVID-19 yang dilihat semakin berkurang di beberapa buah negeri.

Menerusi kenyataan terbaru Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, rakyat Malaysia walau bagaimanapun tidak dibenarkan untuk menizarah satu sama lain seperti kebiasaan pada Hari Raya ini. Pengumuman yang dibuat ini juga tertakluk kepada menziarah dalam negeri yang sama.

Dalam pada itu, pergerakan tanpa had waktu telah dibenarkan manakala individu yang ingin menjalankan aktiviti sukan yang tidak melibatkan jarak yang dekat turut dibolehkan.

Meskipun PKPB ini berlangsung pada 12 Mei, pihak kerajaan berkemungkinan bakal melanjutkan tempoh PKPB sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19. Sama-sama kita nantikan ulasan lanjut daripada pihak menteri mengenai garis panduan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Komen
Loading...