Ikuti Kami:

PKPB: Orang Ramai Beratur Panjang Di Luar Kenanga Mall

PKPB: Orang Ramai Beratur Panjang Di Luar Kenanga Mall

Sejurus tamat pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan, netizen kembali rancak memberikan pandangan dalam perdebatan di media sosial.

Sebahagian rakyat bimbang pengumuman ini akan memberikan lampu hijau kepada orang ramai untuk kembali membeli belah seperti biasa.

Sesak di Kenanga Mall

Beberapa gambar yang tular di Facebook Siti Syakhila membuktikan bahawa ramalan sesetengah netizen itu benar belaka. Rakyat Malaysia seperti ingin melepaskan ‘kerinduan’ untuk mengunjungi pusat membeli belah setelah dua bulan berkurung diri di rumah.

KWC fashoin Wholesale hari ini menjadi pilihan orang ramai untuk turut serta meraikan pembukaan semula pusat membeli belah. Pengunjung kelihatan sanggup beratur panjang sejak awal pagi di pintu masuk.

Sebelum dibenarkan masuk ke dalam mall, pengunjung perlu melalui SOP yang ketat daripada pihak pengurusann. Ternyata ada juga individu yang tidak mematuhi arahan jarak satu meter yang perlu diamalkan oleh semua orang.

Netizen yang melihat gambar yang dirakam di sekitar Kenanga Mall masing-masing meluahkan perasaan kecewa. Pihak kerajaan telah mengeluarkan garis panduan keselamatan kesihatan yang cukup lengkap tetapi masih tidak dipatuhi.

Keadaan ekonomi pada ketika ini perlu dibuka semua untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kembali stabil. Sekiranya orang ramai yang tidak mempunyai sebarang keperluan yang memaksa anda untuk keluar, teruskan kekal berada di rumah.

Orang ramai yang masih rasakan perlu untuk mengunjungi pusat membeli belah, pastikan penjagaan jarak yang dibenarkan dipatuhi setiap masa.

Komen
Loading...