Ikuti Kami:

PKPB: Kenderaan Dah Boleh Naik Ikut Kapasiti

PKPB: Kenderaan Dah Boleh Naik Ikut Kapasiti

Kenderaan persendirian boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing-masing, bermula esok.

Jelasnya, peraturan ini tertakluk pada kenderaan yang dikawal selia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.6) (Pindaan) 2020.

“Misalnya, kereta biasa empat penumpang campur pemandu. MPV (kenderaan pelbagai guna) pula, satu (pemandu) campur dengan enam, maksimum tujuh orang.

“Pindaan itu antara lain berkaitan kapasiti penumpang bagi kenderaan persendirian. Selain itu, penumpang mestilah orang yang tinggal serumah dengan pemandu,” katanya.

Foto : Bernama, PDRM

Komen
Loading...