Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun, dan sebarang pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.
Keputusan melanjutkan PKPB selama 4 minggu lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah membendung wabak COVID-19.
“Usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya. Langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini.
Beliau berkata ini bermakna semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan ketika tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun.
Mengulas berkenaan perayaan utama yang lazimnya melibatkan pergerakan orang ramai iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
“Minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung…
Posted by mDaily on Sunday, May 10, 2020
“Minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.
Tetapi ziarah-menziarahi dikalangan jiran dan keluarga terdekat yang tinggal di dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa dibenarkan.