IKLAN

PKP: Individu Tular Memberi Tip Melepasi Sekatan Jalan Raya Tampil Memohon Maaf

Selepas tular kisah seorang individu dan keluarganya memberi tip cara untuk melepasi sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Harini individu terbabit tampil memohon maaf di dalam kenyataan yang dikeluarkan di Laman Facebook peribadi beliau.

"Saya selaku empunya gambar yang sedang viral ingin memohon maaf di atas isu tersebut yang saya pasti telah banyak timbulkan salah faham dan amarah netizen,

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook lelaki berkenaan pada Jumaat, dia menjelaskan bahawa dia membawa anak dan isteri untuk ke klinik bagi pemeriksaan bulanan dan imunisasi bayinya yang berumur tiga bulan

"Sementara itu, tiada sesiapa yang boleh jaga dua lagi anak kami yang masih kecil dan dalam fasa melasak

"Radius kawasan kami tinggal dan klinik yang kami kunjungi adalah antara 10 kilometer sahaja. Saya dan anak yang lain hanya menunggu di dalam kereta sementara isteri saya membawa anak kami untuk pemeriksaan, katanya tanpa memaklumkan lokasi tempat tinggalnya.

Menurutnya, berat ujian dirinya sekeluarga apabila kisah itu menjadi tular tanpa fakta dan disalah erti.

IKLAN

Dia turut memberitahu telah membuat laporan polis serta bukti paparan Whatsapp yang menimbulkan salah faham dan kekeliruan.

"Semua orang berada dalam keadaan yang sensitif sekarang, Kita boleh mengubahnya kepada lebih baik. Kita jaga kita, sama-sama kita mendoakan agar keadaan yang lebih baik hentikanlah sebar cerita yang tak sahih, katanya

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis telah mengenal pasti individu yang memuat naik satu posting yang tular di media sosial sejak Khamis mendakwa mereka sekeluarga berjaya melepasi sekatan jalan raya semasa PKP.

Beliau turut berkata tiada siapa boleh terlepas hukuman sekiranya mengingkari arahan PKP yang dilaksanakan sehingga 28 April ini.

"Saya ingin beri ingatan kepada semua. Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang ramai untuk mengikut tindak tanduk mereka melakukan kesalahan.

"Pihak polis telah mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tiada siapa pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang dan polis jika melakukan kesalahan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, petang Jumaat.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN