Ikuti Kami:

Pinn Yang Perkasa Ekosistem Digital Negara Dengan 20 Inisiatif Baharu

Pinn Yang Perkasa Ekosistem Digital Negara Dengan 20 Inisiatif Baharu

Usahawan teknologi tempatan, Pinn Yang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju ekosistem digital Malaysia apabila membangunkan 20 platform baharu yang meliputi pelbagai aspek kehidupan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media (foodiemedia.com) itu berkata, langkah ini sejajar dengan hasrat untuk memperkasakan akses digital tempatan yang mudah, mesra pengguna serta relevan dengan keperluan semasa.

“Kami mahu setiap rakyat Malaysia bukan sahaja menggunakan aplikasi tempatan, tetapi juga merasakan nilai sebenar dalam kehidupan harian mereka. Dari kulinari hingga kewangan, teknologi digital perlu menjadi solusi yang menyeluruh,” katanya.

Antara platform yang diperkenalkan termasuk Foodie.my, Kalculator.my, WeatherToday.my, WaktuSolat.info, Rezeki.co, GoldPrice.com.my, VisitMalaysia.com.my dan Goie.com.

Setiap satu mempunyai fungsi tersendiri sama ada sebagai panduan makan, alat pengurusan kewangan, rujukan ibadah, hingga ke destinasi pelancongan dan hiburan.

Inisiatif Pinn ini turut memperkukuh jenama sedia ada seperti PenangFoodie.com, KLFoodie.com, JohorFoodie.com, MalaysiaHomie.com, TravelRookie.my dan WauPost.com, sekali gus membentuk rangkaian digital menyeluruh.

Menurut Pinn, kewujudan ekosistem digital yang mampan amat penting untuk memastikan rakyat Malaysia tidak hanya menjadi pengguna teknologi luar, sebaliknya mampu menikmati kelebihan solusi tempatan yang lebih dekat dengan budaya dan gaya hidup sendiri.

“Ekosistem digital Malaysia semakin matang. Inisiatif ini bukan sekadar melancarkan aplikasi, tetapi membina gaya hidup digital baharu yang memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat dan negara,” ujarnya.

Dengan 20 platform ini, Pinn Yang dilihat berjaya memperkasakan landskap teknologi negara, membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan inovasi digital yang kompetitif di peringkat serantau.

Komen
Loading...