Pesona Selera Ramadan: Mövenpick KLIA Gabung Citarasa Tempatan dan Antarabangsa
- oleh MDaily Editor
- 22 Feb 2026 3:06 pm
Sempena kedatangan bulan suci, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA (Mövenpick KLIA) tampil menggamit selera orang ramai melalui penganjuran bufet Pesona Selera Ramadan yang menggabungkan keunikan warisan kulinari tempatan dan antarabangsa.
Dianjurkan di persekitaran hotel yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kota, bufet ini berlangsung setiap hari bermula 23 Februari sehingga 18 March 2026, dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam di Pusat Konvensyen Mövenpick KLIA.
Daya tarikan utama tahun ini adalah hidangan Kambing Golek (Whole Roast Lamb) yang menjadi kegemaran pengunjung setiap kali Ramadan.
Kambing tersebut diperap khusus dengan campuran rempah aromatik seperti rosimari, bawang putih, jintan putih, dan paprika sebelum dipanggang perlahan untuk mengekalkan kelembutan dagingnya.

Lebih menarik, hidangan ini disajikan secara terus kepada tetamu di stesen ukiran (live carving station) bagi menjamin kesegaran dan kualiti rasa yang autentik.
Bagi memperkasakan lagi rasa hidangan, Mövenpick KLIA meneruskan kolaborasi strategik buat tahun kedua bersama jenama sos halal terkemuka, Mahsuri Dagang Sdn. Bhd.
Melalui kerjasama ini, penggunaan produk seperti sos tiram dan kicap Mahsuri dalam penyediaan masakan bukan sahaja menonjolkan kedalaman rasa, malah mencerminkan komitmen hotel terhadap kualiti dan tradisi rasa asli Malaysia dalam setiap suapan.
Selain bufet, hotel turut memperkenalkan Pakej Taraweehcation yang direka khas sebagai ruang istirahat yang tenang sepanjang bulan Ramadan.

Pakej yang bermula dari RM680+ semalam ini merangkumi penginapan, sahur, bufet iftar untuk dua orang, serta akses penuh kepada kemudahan hotel seperti gimnasium dan kolam renang.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Mövenpick KLIA, Rudy Fajar, berkata hotel itu turut tidak melupakan golongan memerlukan melalui Program Ihya’ Ramadan yang menyantuni 150 anak yatim, warga emas, dan golongan OKU dari pelbagai rumah kebajikan di sekitar Selangor.
“Ramadan adalah masa untuk kita berkongsi rezeki dan menjaga kebajikan sesama insan. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi keselesaan dan kegembiraan kepada komuniti kita,” katanya.

Bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman iftar di sini, berikut adalah kadar harga semasa:
– Dewasa: RM158+
– Kanak-kanak (7-12 tahun): RM85+
– Hi-Tea Hari Raya (21-22 Mac): RM112+ (Dewasa) / RM56+ (Kanak-kanak)
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +6010 220 5812 atau +603 8661 8661.




