Ikuti Kami:

Pesawat Bawa Bantuan Perubatan COVID-19 Terhempas, Tiada Terselamat

Pesawat Bawa Bantuan Perubatan COVID-19 Terhempas, Tiada Terselamat

Satu tragedi hitam telah berlaku di Somalia, apabila Sebuah pesawat yang membawa bekalan bantuan perubatan COVID-19 terhempas.

Dalam laporan media tempatan, pesawat East African Express Airways terhempas di bandar Bardale, mengakibatkan kesemua enam penumpang dan kru terkorban.

Bawa bantuan perubatan Covid-19
Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan menghantar peralatan perubatan ke bandar. Enam yang maut adalah juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, juruterbang pelatih, serta dua orang yang bekerja untuk syarikat penerbangan.

Menurut Menteri Pengangkutan Somalia Mohamed Salad, kerajaan Somalia akan menyiasat punca kejadian dan berbesar hati jika ada pihak antarabangsa yang turut membantu.

Spekulasi ada kesan tembakan
Bagaimanapun, terdapat spekulasi apabila bekas menteri pertahanan, Abdirashid Abdullahi Mohamed, mendakwa saksi di lapangan terbang melihat pesawat itu terhempas setelah ditembak.

Beliau mendakwa, terdapat saksi yang melihat pesawat itu yang cuba untuk mendarat pada awalnya terpaksa berpatah balik kerana ada haiwan liar di landasan, namun ia ditembak di sayap pada cubaan kedua untuk mendarat.

Malah, untuk menguatkan dakwaannya, dia juga turut memberikan gambar yang memaparkan pesawat itu terbakar, serpihannya tercampak di beberapa kawasan, namun ekor pesawat itu tidak terjejas.

Sumber : Astro Awani

Komen
Loading...