IKLAN

Pesakit Sembuh COVID-19 Masih Menunjukan Keputusan Positif? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam hantaran di laman Facebooknya menjelaskan berkenaan tentang pesakit yang telah sembuh tetapi masih kekal menunjukkan keputusan yang positif.

"Ujian rt-PCR COVID-19 bagi kebanyakan pesakit yang telah sembuh masih kekal menunjukkan keputusan yang positif dalam jangka masa yang panjang meskipun apabila mereka telah sembuh."

"Walaupun mereka mungkin dikesan positif, namun mereka sihat dan tidak menyebarkan penyakit ini kepada keluarga terdekat. Hasil kajian kultur yang dilakukan berulang kali menunjukkan virus COVID-19 gagal dibiakkan."

Justeru, KKM telah membuat kesimpulan bahawa keputusan positif COVID-19 bagi pesakit yang telah sembuh adalah berpunca daripada virus atau fragmen virus yang telah mati.

"Penemuan serupa juga telah dilaporkan dari beberapa negara misalnya Korea, China, Singapura dan Jerman."

"Kajian di China menunjukkan bahawa kebolehjangkitan berlaku 2.3 hari sebelum bermula gejala dan berada pada tahap tertinggi 0.7 hari sebelum pesakit bergejala. Kebolehjangkitan menurun ke tahap yang sangat rendah selepas tujuh (7) hari."

IKLAN

Manakala sebuah kajian lagi di Taiwan mendapati bahawa selepas lima (5) hari pesakit dijangkiti COVID-19, mereka tidak menyebarkan jangkitan kepada kontak rapat yang terdedah kepada pesakit ini.

"Kajian juga mendapati bahawa tempoh berjangkit atau infectious period bermula 2 hingga 3 hari sebelum gejala bermula, dan adalah di kemuncak satu (1) hari sebelum gejala."

"Tempoh berjangkit juga didapati menurun ke paras yang sangat rendah dalam masa tujuh (7) hari selepas itu."

Sehubungan itu, KKM telah mengemaskini garis panduan discaj pesakit COVID-19 di mana pesakit dengan jangkitan COVID-19 yang disahkan oleh makmal boleh didiscaj dari wad penyakit berjangkit apabila memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Bagi pesakit bergejala:

Sekurang-kurangnya tiga (3) hari (72 jam) pulih daripada demam (tanpa menggunakan ubat demam) serta gejala pernafasan (misalnya batuk dan sesak nafas) telah bertambahbaik; DAN sekurang-kurangnya 14 hari telah berlalu sejak gejala bermula;

IKLAN

2. Bagi pesakit tidak bergejala:

14 hari telah berlalu sejak tarikh ujian diagnostik COVID-19 didapati positif, dengan anggapan mereka tidak mengalami sebarang gejala selepas ujian positif mereka.

Ujian pengesanan COVID-19 tidak diperlukan sebelum pesakit didiscaj dari wad penyakit berjangkit.

Sekiranya pesakit masih memerlukan rawatan perubatan selain rawatan COVID-19, mereka boleh dipindahkan ke wad lain.

BACA : PKPP: Boleh Bawa Anak Dan Warga Emas Keluar, Tapi...

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN