Penyanyi berbakat besar, Syamel, bersedia memberikan persembahan istimewa penuh makna menerusi “PERTAMA A New Journey Together With Me, Syamel” yang bakal berlangsung pada Sabtu, 22 November 2025, di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E.
Acara ini menjanjikan pengalaman lebih ‘intimate’ antara Syamel dan peminat setianya yang selama ini menjadi tulang belakang perjalanan seninya.
Menurut Syamel, PERTAMA bukan sekadar hiburan, tetapi ruang untuk menghargai peminat yang sentiasa menyokongnya sejak awal karier.
“Jom kita cipta momen baru bersama di PERTAMA, permulaan perjalanan baru saya dan sesi istimewa yang sangat intimate bersama peminat, terutamanya Syamelovers.”
“Sokongan anda adalah tenaga di sebalik setiap langkah saya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada cerita ini,” katanya.

Selain persembahan eksklusif, PERTAMA turut menawarkan pengalaman unik seperti tayangan awal projek terbaru, sesi soal jawab secara langsung (Live Q&A), serta barangan eksklusif (merchandise) yang direka khas untuk peminat.
Tiket berharga RM148 (tidak termasuk yuran tiket RM4) mula dijual bermula 3 November 2025, jam 12 tengah hari, menerusi platform ONETIX.
Acara ini dianjurkan oleh SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia, sebagai langkah baharu dalam evolusi seni Syamel yang menampilkan gabungan vokal, emosi dan kejujuran yang menjadi identitinya.




