Ikuti Kami:

Persoal Hael Husaini Bagi Lagu, Akhirnya Nabila Razali Buka Mulut…

Persoal Hael Husaini Bagi Lagu, Akhirnya Nabila Razali Buka Mulut…

Meskipun, sejak kebelakangan ini lagu Nabila Razali hangat diperkatakan selain mendapat sambutan luar biasa ramai peminat yang mengakui lagu yang dibawanya kali ini berbeza.

Apatah lagi, lagu berjudul Peluang Kedua juga membuatkan pendengar terkesan dengan lirik yang ada diantaranya tidak jemu untuk dengar banyak kali. Menerusi perkongsian penyanyi ini dilaman Instagram sebelum ini, lagunya itu mendapat lebih 2 juta tontonan dalam masa lima hari sahaja.

Walau bagaimanapun, tidak disangkakan dedah penyanyi ini sendiri ramai yang persoalkan kenapa penyanyi Hael Husaini yang memberikan lagu ciptaannya itu kepada Nabila Razali.

Tidak kurang juga, katanya ramai yang membandingkan cara nyanyiannya dengan Hael Husaini. Pun begitu, Nabila Razali menerusi Instagram membuka mulut mengenai hal itu.

“Ramai yang persoalkan kenapa Hael bagi lagu Peluang Kedua ni pada Bella. Ramai jugak yang bandingkan cara nyanyian kami.

“First of all Hael is Hael, & i will never be him. He has class on his own. No question about that.”

Kata penyanyi ini sendiri bahawa Hael Husaini hanyalah dirinya dan dia juga tidak akan pernah menjadinya selain akui Nabila Razali atau Bella, Hael Husaini mempunyai kelas tersendiri.

“Tak salah kalau kita nak puji…”

Kapsyen panjang Nabila Razali dilaman Instagram disamping berkongsikan video nyanyian Hael Husaini menyanyikan lagu berkenaan menjadi tumpuan peminat dan rakan selebriti yang memberikan sokongan buatnya.

“Nabila will always be Nabila”

“Why Hael bagi lagu ni kat Bella? Jawapannya…”

Komen
Loading...