Ikuti Kami:

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Hingga 31 Ogos 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Hingga 31 Ogos 2020

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berkuatkuasa pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Oleh yang demikian, aktiviti rentas negeri sudah boleh dilakukan. Rakyat Malaysia sudah boleh pulang ke kampung halaman.

Muhyiddin menjelaskan pelaksanaan PKPP ini akan melibatkan tujuh strategi iaitu:

  • Pengukuhan Kesihatan Awam
  • Perundangan dan Penguatkuasaan
  • Pengukuhan Kawalan Sempadan
  • Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
  • Pembudayaan Kebiasaan Baharu
  • Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
  • Perlindungan Golongan Berisiko

Tegas perdana menteri, strategi ini akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster) Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pada peringkat kerajaan negeri pula, strategi tersebut akan dilaksanakan melalui jawatankuasa yang diwujudkan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri,” katanya.

Muhyiddin berkata pelaksanaan strategi ini memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk jentera kerajaan pusat dan negeri, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta pemimpin dan ketua komuniti.

Komen
Loading...