Ikuti Kami:

Perayaan Patahati Universe: Terapi Muzik & Healing Jiwa Di Melaka 23 Ogos Ini

Perayaan Patahati Universe: Terapi Muzik & Healing Jiwa Di Melaka 23 Ogos Ini

Sebuah acara istimewa yang menjadikan muzik sebagai medium penyembuhan jiwa bakal berlangsung di kota bersejarah Melaka menerusi Perayaan Patahati Universe pada 23 Ogos ini di Panggung Bangsawan Melaka.

Dengan mengetengahkan isu kesihatan mental dan emosi, acara sulung anjuran Patahati Universe ini menjanjikan pengalaman healing yang menyentuh perasaan.

Membawa tema “Himpunan Warga Patahati”, ia akan menyaksikan persembahan pemuzik yang terkenal dengan karya berunsur jiwa dan lara Noh Salleh dan Insomniacks.

Menurut Pengarah Projek Cassandra, konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi satu bentuk pelukan emosi buat mereka yang pernah melalui detik luka dan kehilangan.

“Perayaan ini dicipta sebagai ruang selamat buat mereka yang mahu mencari kekuatan semula. Kami percaya muzik mampu menjadi terapi, dan malam ini akan menjadi detik penyatuan bagi jiwa-jiwa yang mencari harapan,” katanya.

Barisan artis turut merangkumi Cherpen, Kucaimars serta Rijeu selaku pembuka pentas.

Persembahan akan diselang-seli dengan paparan drama pendek, pesanan suara inspirasi oleh Motivasi Fiq Sam dan interaksi langsung antara artis dan penonton, menjadikan keseluruhan acara sebagai satu perjalanan emosi yang menyembuhkan.

Panggung Bangsawan Melaka, lokasi acara ini, adalah bekas panggung Cathay yang telah diubah suai oleh Perbadanan Melaka (MCorp) pada tahun lalu dan kini berfungsi sebagai hab seni persembahan langsung dalam zon penampan UNESCO.

Tiket konsert boleh didapatkan pada harga RM109 (Patahati – Berdiri), RM129 (Jatuhati – Duduk) dan RM159 (Luluhati – Duduk) dengan pakej khas untuk pasangan berharga RM196. Semua tiket boleh dibeli menerusi ilassotickets.com.

Menambah elemen unik, penonton yang menyambut hari lahir pada 23 Ogos akan diraikan khas pada malam konsert sebagai simbol sokongan dan pengiktirafan komuniti.

Acara ini juga diharap mampu menarik perhatian golongan muda yang aktif di media sosial serta memberikan mesej bahawa perjuangan emosi bukan satu pengakhiran.

“Dengan lebih 25 lagu bertemakan healing dan harapan, Perayaan Patahati Universe bukan sekadar konsert ia adalah perjalanan mencari semula cahaya dalam diri,” ujar Cassandra.

Tourism Melaka dan Panggung Bangsawan merupakan rakan strategik konsert dengan publisiti dikendalikan oleh Mewah Event Management, manakala iLasso Tickets bertindak sebagai ejen tiket rasmi.

Komen
Loading...