Ikuti Kami:

Perancis Catat 70 Kes Positif COVID-19 Selepas Seminggu Sekolah Dibuka

Perancis Catat 70 Kes Positif COVID-19 Selepas Seminggu Sekolah Dibuka

Sepertiga kanak-kanak Perancis iaitu seramai 150,000 orang pelajar telah kembali ke sekolah seperti biasa pada Isnin yang lalu. Untuk pengetahuan, sekolah-sekolah yang terjejas sudah segera ditutup sebelum ini dan kini hanya sebahagian sekolah terpilih dan berada di zon hijau sahaja telah dibuka semula.

Difahamkan sekolah yang terlibat adalah, kira-kira 40,000 buah termasuk prasekolah dan sekolah rendah. Kerajaan juga telah mengeluarkan beberapa syarat mengenai perkara tersebut antaranya hanya boleh memuatkan 15 orang pelajar sahaja di dalam satu kelas.

Keputusan tersebut dibuat adalah kerana anak-anak yang belajar dari rumah telah membuatkan ramai ibu bapa di negara itu
keletihan kerana mereka juga perlu bekerja dari rumah.

Oleh kerana masih bimbang tentang penularan pandemik COVID-19, Menteri Pendidikan Perancis Jean Michel Blanquer telah memberi peringatan kepada umum bahawa pembukaan semula sekolah ini akan menyebabkan pelajar berada dalam bahaya.

Bagaimanapun kini, sebanyak 70 kes positif COVID-19 telah dilaporkan selepas hanya seminggu sekolah dibuka semula.

Memandang inkubasi virus mengambil masa beberapa hari, Menteri pendidikan Perancis percaya bahawa, besar kemungkinan mereka yang positif telah dijangkiti sebelum pembukaan semula sekolah lagi.

Sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi sama ada 70 kes COVID-19 yang dinyatakan adalah dari kalangan pelajar atau guru.

Minggu lalu Perancis telah mencatatkan kematian pertama yang dikaitkan dengan kanak-kanak dengan sindrom Kawasaki iaitu penyakit misteri yang mula menyerang kanak-kanak.

Foto : Backgrid

Sumber

Komen
Loading...