Ikuti Kami:

Penyewa Terkejut Jumpa Bom Mortar

Penyewa Terkejut Jumpa Bom Mortar

Sepasang suami isteri yang menyewa sebuah rumah terkejut apabila menjumpai dua objek dipercayai bom mortar di Taman Selayang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata suami isteri yang berusia 36 dan 33 tahun itu baru dua hari menyewa di situ menjumpai objek itu ketika membersihkan rumah.
“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima panggilan berhubung kejadian tersebut lebih kurang jam 8.40 malam.

“Pihak kami telah mengambil keterangan dua individu yang merupakan pemilik asal rumah tersebut yang menjualnya kepada pemilik baharu sejak tiga tahun lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan keterangan mereka, Arifai berkata dua objek itu adalah kepunyaan pemilik asal rumah berkenaan yang gemar mengumpul barangan antik.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di lokasi mendapati dua objek itu adalah jenis mortar latihan yang telah digunakan dan tidak aktif.

“Pihak UPB juga mengesahkan kawasan tersebut selamat,” katanya.

Sumber : MalaysiaAktif

Foto : Media Sosial

Komen
Loading...