Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24) kembali dengan peluang keemasan untuk pemuzik indie seluruh Malaysia. Penyertaan dibuka mulai 1 Januari 2025 dan akan ditutup pada 15 Februari 2025, tepat jam 11:59 malam.
ALI24 mempertandingkan tiga genre utama: Pop, Rock, dan HipHop. Sebanyak 30 lagu terbaik dari setiap kategori akan dipilih, menjadikan keseluruhan 90 buah lagu yang bakal bersaing merebut hadiah terkumpul bernilai RM36,000.
Dengan sambutan ulang tahun ke-5 tahun ini, ALI24 yang diketuai oleh Ahmed Faris Amir dan Jennifer Thompson menjanjikan acara yang lebih cemerlang.
Bagi memastikan penyertaan memenuhi syarat, lagu mestilah ciptaan asli dan diterbitkan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2024.
Lagu juga mesti dilancarkan di platform digital seperti YouTube, Spotify, Deezer, Apple Music, SoundCloud, Bandcamp, atau disiarkan di radio.
ALI24 hanya terbuka kepada lagu yang tidak terikat dengan syarikat rakaman besar.
Namun, artis di bawah label indie, yang didefinisikan sebagai syarikat kecil tanpa sokongan kewangan besar, dialu-alukan untuk menyertai.
Sejak dimulakan pada 2019, Anugerah Lagu Indie telah menjadi platform utama dalam meraikan kreativiti pemuzik indie Malaysia.
Pemuzik indie disarankan untuk menghantar penyertaan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat anda dan menonjol di platform indie paling berprestij di Malaysia.
Keputusan senarai Top 30 akan diumumkan antara 24 hingga 30 Mac 2025.
Lagu-lagu yang ingin dipertandingkan mesti dihantar melalui laman web rasmi, www.anugerahlaguindie.com.