Ikuti Kami:

Penyanyi Wanita Kelantan Antara Enam Ditahan di Sungai Golok, Berdepan Dua Pertuduhan

Penyanyi Wanita Kelantan Antara Enam Ditahan di Sungai Golok, Berdepan Dua Pertuduhan

Enam rakyat Malaysia, termasuk seorang penyanyi wanita dari Kelantan, yang ditahan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok pada Jumaat lalu kerana disyaki memiliki dadah, dijangka dihadapkan ke mahkamah di Thailand atas dua pertuduhan.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol. Pol. Jedsadavit Ingprapan, menyatakan selain berdepan tuduhan memiliki dadah, mereka turut disiasat atas kesalahan memasuki negara itu tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat atas dua pertuduhan tersebut,” seperti dilaporkan Bernama pada Ahad.

Beliau memaklumkan bahawa semua suspek, yang kini berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Golok, akan dipindahkan ke lokap Mahkamah Narathiwat pada Isnin sementara menunggu prosiding pendakwaan.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok pada jam 5 pagi di sebuah hotel berdekatan Sungai Golok, polis menahan kesemua suspek, yang berusia antara 25 hingga 34 tahun, atas kesalahan memiliki dadah.

Siasatan mendapati mereka memiliki 6,000 biji pil jenis ‘pil kuda’ dan memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah.

Komen
Loading...