Ikuti Kami:

Peniaga Tempuh Detik Cemas Disamun Lelaki Berparang

Peniaga Tempuh Detik Cemas Disamun Lelaki Berparang

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga menempuh detik mencemaskan apabila hampir ditetak lelaki berparang dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, baru-baru ini.

Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian itu kemudiannya dikesan tular menerusi platform. X pada Sabtu.

Rakaman video berkenaan memaparkan suspek bertindak meluru masuk ke dalam kedai runcit berkenaan sebelum mengacu sebilah parang terhadap mangsa yang berada di kaunter.

Suspek kemudiannya dilihat cuba menetak beberapa kali sehingga terkena barangan yang terdapat di ruangan kaunter itu.

Mangsa turut dilihat cuba mempertahankan diri dengan menghalang tindakan suspek itu sebelum suspek dilihat melarikan diri sejurus kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

“Semakan sedang dijalankan bagi mengenal pasti keterangan berkaitan kejadian samun ini,” katanya.

Sumber
Sinar Harian
Komen
Loading...