Ikuti Kami:

Peniaga Jual Telur Penyu Di Shopee Telah Diambil Tindakan

Peniaga Jual Telur Penyu Di Shopee Telah Diambil Tindakan

Tindakan sorang peniaga menjual telur penyu telah mendapat bantahan pencinta alam sekitar di Malaysia kerana telur penyu adalah barangan terlarang demi melindung habitan itu.

Shopee dalam kenyataan nya di laman twitter menegaskan telah mengambil tindakan dengan menarik semula produk itu dari laman beli-belahnya dan menyenarai hitam kan peniaga tersebut.

Pihak Shopee mengetahui perkara itu selepas seorang individu melaporkan mengenai isu tersebut di ruangan komen, salah satu hantaran di Facebook rasmi Shopee Malaysia

Kelab aktivis pencinta haiwan ZoologiMY turut menggesa Shopee dan syarikat Penghantaran J&T bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas mengenai perkara ini.

Ketua Makmal Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT, Dr Mohd Uzair Rusli berkata walaupun tiada sebarang akta menyeluruh yang mampu menghalang orang ramai daripada memakan telur penyu, namun penjualan secara dalam talian ini akan memberi kesan kepada proses pemuliharaan haiwan marin itu.

Jualan secara dalam talian akan menyebabkan permintaan dan jualan meningkat serta tidak terkawal, yang memungkinkan penjual mencari telur penyu tanpa had.

Penyu kini sukar untuk terus membiak dan menghadapi kepupusan. Dijangka daripada 1,000 anak penyu, hanya seekor yang akan terus membesar.

Komen
Loading...