Peniaga “Bundle” Berjaya Beli Rumah Buat Keluarga Di Usia 20 Tahun
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Seorang pemuda bernama Muhammad Asyraf kini mampu berbangga kerana perniagaan pakaian bundlenya kini membuahkan hasil.
Bermula dengan modal RM100 untuk menjual pakaian bundle di awal pembabitannya berjaya membeli rumah buat keluarganya selepas mengembangkan perniagaan bundle miliknya dengan menjadi personal shopper barangan streetwear.
“Dengan modal yang sedikit saya beli top up (tambah nilai) untuk langgan internet dan mengkaji beberapa akaun Instagram yang menjual barangan bundle serta cara mereka mempromosikan barang.
“Baki modal itu saya beli pakaian terpakai di kedai bundle dan jual beberapa helai di Instagram, tidak sangka dalam masa seminggu habis dijual,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
Tambah beliau lagi, bermula dari situlah perniagaannya makin berkembang sehingga berjaya menjadi personal shopper di Jepun kepada peminat barangan streetwear dan bundle di Malaysia.
alhamdulillah dah ada keduanya before 20 even tak seberapa ☺️🤲 https://t.co/RbEDGmnc0F pic.twitter.com/9JbYSMZWVM
— ashrff (@ashrffanuar) June 10, 2020
Budaya streetwear dan bundle sentiasa berkait rapat dengan penjual-penjual bundle sering menjadi pilihan dan kedai-kedai bundle pula menjadi lubuk buat mereka yang mencari pakaian streetwear berjenama dengan harga yang murah.
“Pada awal 2019, saya berjaya menyimpan keuntungan RM200,000 dalam simpanan berkat sambutan hangat pelanggan yang meminati barangan bundle dari Jepun.
“Berbaloi penat lelah ‘menyelam’ (mencari barangan bundle) di negara itu, hasilnya cukup lumayan kerana nilai barangan bundle di Jepun tinggi mencecah ribuan ringgit dan ada yang sanggup membelinya,” jelasnya.
Mengulas mengenai rumah yang dibelinya pada tahun lalu seperti yang tular di media sosial sebelum ini, beliau menjelaskan ianya dihadiahkan kepada keluarga kerana masih bujang.
Perkongsian pencapaian beliau memiliki rumah dan kereta sendiri sebelum berusia 20 tahun mencuri perhatian netizen dan mendapat lebih 8,000 retweet dan 23,000 likes di Twitter.