Ikuti Kami:

Pengurus Seru Hentikan Spekulasi Krisis Rumah Tangga Fazura, Fattah

Pengurus Seru Hentikan Spekulasi Krisis Rumah Tangga Fazura, Fattah

KUALA LUMPUR: Aktres Nur Fazura menafikan pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai yang dibuat terhadap suaminya, Fattah Amin, Jumaat lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan pengurusnya, Iman Tang, Fazura turut menegaskan pihak pengurusannya termasuk peguam dilantik tidak pernah mendedahkan butiran permohonan cerai atau berkongsi tarikh prosiding seperti yang tular sejak semalam.

“Pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fazura sejak tular kisah permohonan perceraian.

“Permohonan difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Sehubungan itu, Iman menggesa semua pihak supaya berhenti daripada membuat sebarang spekulasi mengenai krisis rumah tangga membabitkan Fazura dan Fattah.

“Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelakkan pelbagai spekulasi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Fazura memohon untuk bercerai secara baik daripada Fattah susulan permohonan difailkan oleh Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Jumaat lalu.

Malah, terdapat laporan yang mendakwa pasangan itu akan menghadiri prosiding di mahkamah pada 25 September ini sebagai tarikh sebutan kes perceraian mereka.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Sumber
Komen
Loading...