Ikuti Kami:

Pengerusi MARA ‘Spot Check’ Dewan Selera MRSM Taiping, Dapur Kotor Dengan Tahi Cicak

Pengerusi MARA ‘Spot Check’ Dewan Selera MRSM Taiping, Dapur Kotor Dengan Tahi Cicak

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bakal mengambil tindakan tegas kepada kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping kerana telah mengabaikan kebersihan dapur.

Difahamkan, beliau turun padang untuk menyemak penyediaan makanan selepas menerima aduan daripada ibu bapa pelajar mengenai kes keracunan makanan melibatkan 31 orang pelajar MRSM Taiping pada 30 Ogos.

Jelas beliau, semasa terjahan dibuat, terdapat beberapa perkara tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh MARA.

Antaranya adalah pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur yang berada di tahap yang tidak memuaskan.

“Rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan ini, mereka memaklumkan bahawa tahun lepas juga seramai 50 orang terkesan dengan isu keracunan makanan ini pada oktober lepas.

“Juga mereka berkongsi kepada saya gambar-gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam hidangan yang amat mendukacitakan saya.

Lebih mengejutkan apabila kontraktor memberi jawapan tidak masuk akal dalam cubaan untuk mempertahankan diri.

Malah, dia turut mempersoalkan semula perkara yang telah dibangkitkan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Disebabkan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan mengambil tindakan tegas iaitu memberhentikan kontrak dan tindakan mahkamah kepada kontraktor tersebut.

Komen
Loading...