Ikuti Kami:

Pengawal Keselamatan Dibunuh Kerana Hutang, Mayat Ditemui Dalam But Kereta

Pengawal Keselamatan Dibunuh Kerana Hutang, Mayat Ditemui Dalam But Kereta

SABAK BERNAM – Isu peribadi dan bebanan hutang dipercayai menjadi punca utama pembunuhan seorang pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, pada 16 September lalu.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun, ditemui oleh pihak polis di dalam Proton Saga BLM yang diletakkan di lokasi tersebut.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Robin Guha Thakurta, menyatakan bahawa hasil siasatan terhadap seorang suspek yang juga rakan sekerja mangsa telah membongkar motif pembunuhan.

“Suspek berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan pada 17 September, dan penahanan ini membawa kepada rampasan beberapa barangan, termasuk tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Robin turut menjelaskan bahawa suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi Isnin.

Tambah beliau, lelaki tersebut telah direman dua kali bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai mangsa pembunuhan dalam but sebuah Proton Saga BLM yang diparkir di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, pada 16 September lalu.

Penemuan mayat itu berlaku selepas polis menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada jam 6.04 petang.

Komen
Loading...