Pengasas Happy Bank Kecewa, Wakil Rakyat Ambil Kredit Atas Usaha Mereka
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Tular di Laman Twitter satu hantaran dari Nurainie Haziqah yang kecewa terhadap seorang wakil rakyat yang mengambil kredit di atas kerja-kerja NGO mereka.
Di dalam hantaran tersebut, Pengasas Happy Bank dan Presiden Happy Bank itu menjelaskan NGO yang diasaskan beliau tidak ada kaitan dengan mana-mana ahli politik.
“Selaku pengasas Happy Bank dan Presiden Happy Bank, screenshot yang saya terima ini sangat mengejutkan saya.”
“Happy Bank adalah NGO yang saya asaskan pada tahun 2014 tanpa kaitan dengan mana-mana ahli politik. Pengasasnya adalah saya dan beberapa teman lain.”
Pihak Happy Bank melantik sendiri pembekal
Pengasas Happy Bank itu juga turut menafikan melantik wakil rakyat tersebut sebagai wakil untuk menghantar keperluan asas kepada golongan terjejas.
“YB Rodziah Ismail BUKAN WAKIL Happy Bank, tidak pernah sama sekali dilantik oleh Happy Bank untuk “menghantar sumbangan makanan keperluan asas oleh Happy Bank” seperti yang beliau nyatakan dengan jelas di Facebook beliau.”
“Pihak Happy Bank melantik sendiri pembekal barang asas kami dan pembekal sendiri akan terus menghantar barang asas kepada wakil PIC kawasan-kawasan yang kami nak bantu. Tidak pernah sama sekali kami menggunakan mana-mana wakil rakyat untuk mengagihkan sumbangan.”
“Anda hanya datang dan claim kredit”
“Team Happy Bank sangat kecewa dengan wakil rakyat yang ambil kredit atas usaha NGO. Biar kami NGO membantu mereka memerlukan tanpa perlu anda “menghantar sumbangan” yang sememangnya sudah berada di tempat tersebut. Anda hanya datang dan claim kredit.”
“Have some pride in our work.” katanya
Manakala di Laman Facebook wakil rakyat tersebut beliau menjelaskan beliau terpanggil melihat bantuan tersebut kerana ia berada di dalam kawasan beliau di Batu Tiga Shah Alam.
Tinjauan di ruangan komen di hantaran tersebut dapat dilihat rata-rata netizen amat marah dan kecewa dengan tindakan itu.
Pengasas Happy Bank ini bangkit menjelaskan selepas menerima ‘screenshot’ hantaran di Laman Facebook wakil rakyat itu yang seolah-olah beliau adalah wakil NGO itu.
Sumber : Twitter @AinieHaziqa