Ikuti Kami:

Pengadil Didakwa Lembab Beri Arahan, Pemain Badminton Alami Kejang Di Gelanggang Sehingga Meninggal Dunia

Pengadil Didakwa Lembab Beri Arahan, Pemain Badminton Alami Kejang Di Gelanggang Sehingga Meninggal Dunia

Seorang pemain muda badminton negara China, Zhang Zhi Jie dilaporkan meninggal dunia kerana kekejangan ketika beraksi di perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta, semalam.

Video saat-saat terakhir mendiang bertarung nyawa itu sempat dirakam soerang individu sekaligus ramai yang mempertikaikan kebolehan pengadil dan paramedik yang didakwa lambat bertindak.

Dalam video itu, anggota paramedik dikatakan lambat hadir ke gelanggang untuk memeriksa Zhi Jie yang telah rebah dan mengalami kekejangan.

Pasukan perubatan sudah gagal berdepan situasi sebegini. Lambatnya respon daripada mereka, semua terhegeh-hegeh macam kurang latihan dan tak pernah buat kerja.

Dalam pada itu, ada juga yang mengkritik kredibiliti pengadil yang seolah-olah membiarkan saja selain tidak membenarkan pelatih masuk ke gelanggang.

Perlu ada keizinan dan kebenaran daripada pengadil supaya pelatih boleh masuk gelanggang, masalahnya dia pun lambat bagi arahan. Sebab itu lah juga pasukan perubatan lambat buat tindakan.

Mendiang Zhang Zie Jie yang baru berumur 17 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan terbabir

Komen
Loading...