Ikuti Kami:

“Penerbangan Menakutkan” – Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Pulang Dari Abu Dhabi Ke Kuala Lumpur

“Penerbangan Menakutkan” – Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Pulang Dari Abu Dhabi Ke Kuala Lumpur

Seorang lelaki yang menetap di Dubai berkongsi v-log perjalanannya bersama pasangan untuk pulang ke Kuala Lumpur sewaktu seluruh dunia sedang dalam perintah kawalan pergerakan.

10 jam penerbangan yang paling ‘menakutkan’ sepanjang hidupnya.

Arief Ferdinand menerusi laman Youtubenya berkongsi pengalaman berharga perjalanannya dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur. Menurut Arief hanya Abu Dhabi sahaja yang mempunyai penerbangan ke Kuala Lumpur ketika ini.

Dia dan pasangan lengkap mengenakan protective coverall sepanjang perjalanan. Arief turut berkongsi suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi yang hampir kesemua premis ditutup.

Mereka diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Suasana di KLIA kelihatan amat lengang dari kebiasaanya sewaktu sebelum PKP.

Sepanjang pergerakan mereka di KLIA penjarakan sosial sentiasa di jaga oleh pihak pengurusan. Bas yang membawa penumpang dari terminal ke ruang ketibaan utama juga hanya membawa 10 orang penumpang dalam satu-satu masa.

Mereka terus di bawa ke kaunter saringan pemeriksaan COVID-19 sebaik tiba di ruang ketibaan utama.

Setelah selesai semua urusan di KLIA mereka dibawa menaiki bas khas untuk ke tempat mereka akan dikuarantin selama 2 minggu.

Setiap bag dan luggage penumpang di nyahkuman sebelum dimasukkan ke dalam bas. Memang terbaik langkah pencegahan di Malaysia.

Mereka turut dihidangkan makanan ketika di dalam bas dan diiringi oleh PDRM bagi memastikan perjalanan yang lancar. Sebaik tiba di Hotel Palace of Golden Horses, Serdang pada jam 3.13 pagi, petugas barisan hadapan telah siap sedia menunggu mereka.

Arief turut berkongsi kemudahan yang disediakan dan keadaaan di dalam bilik penginapan yang akan menempatkan mereka selama 14 hari dikuarantin. Pihak pengurusan turut memberi nota tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh di kuarantin di sana.

Menurut Arief mereka yang dikuarantin tidak boleh keluar langsung dari bilik dan sekiranya melanggar arahan itu akan didenda RM 1000.00.

Melalui perkongsian ini, jelas menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan Malaysia dalam memastikan keselamatan dan keselesaan orang ramai yang dikuarantin sebaik tiba dari luar negara.

Sebelum ini tular tentang ‘kluster kayangan’ yang mengkritik kemudahan pusat kuarantin yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Komen
Loading...