Ikuti Kami:

Pendakwah Terkenal, Datuk Ismail Kamus Meninggal Dunia

Pendakwah Terkenal, Datuk Ismail Kamus Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia pukul 12.30 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh anak Allahyarham, Mohd Firdaus Ismail dalam hantaran di laman Facebook.

“Saya dengan hati yang sangat hiba memaklumkan abah saya (Dato’ Ustaz Haji Ismail B. Kamus) telah kembali kerahmatullah pada jam 12:30 pagi 8 Mei 2020 /15 Ramadhan 1441 Hijrah,” katanya.

Tokoh agamawan itu sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke ICU sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.

Ismail juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Komen
Loading...