Ikuti Kami:

Penampilan Terkini Dayah Bakar Curi Perhatian, “Comelnya Baby Bump!” – Netizen

Penampilan Terkini Dayah Bakar Curi Perhatian, “Comelnya Baby Bump!” – Netizen

Penampilan terkini hos Dayah Bakar mencuri perhatian para peminatnya apabila satu foto di laman Instagramnya kelihatan jelas  ‘baby bump’ dari bakal ibu itu.

Dijangka bakal timang anak pertama September depan, Dayah akui mengambil masa untuk mengumumkan kehamilannya kerana menunggu masa yang sesuai.

“Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi berita kehamilan ini tapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Saya dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Insya-Allah saya dijangka melahirkan anak sulung pada awal September depan,” katanya seperti yang dipetik.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar pada masa sama turut menjelaskan, dia ada berdepan dengan alahan di peringkat awal kehamilan.

“Saya mengalami muntah teruk dan badan rasa sangat lemah berbanding keadaan diri saya sebelum ini yang sangat aktif.

Terdahulu bintang ini ada menjelaskan perkembangan kandungannya yang kini sudah pun mencecah lebih empat bulan semasa ditemubual oleh Harian Metro.

Dayah turut meminta doa ramai agar mendoakan kehamilan pertamanya berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan sehingga proses kelahiran nanti.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen entri terdahulu di Instagram, rata-ratanya memuji penampilannya selain turut memberi reaksi terhadap susuk fizikalnya ketika ni.

Dayah berkahwin dengan pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Dayah Bakar

Komen
Loading...