IKLAN

Pemuda Ini Terkejut Melihat Wanita Cina Keluar Kereta Bagi Makanan Kepada Seorang Pakcik

Tindakan spontan seorang wanita berbangsa cina telah menarik perhatian seorang pemuda kerana wanita itu sanggup keluar dari kenderaannya dan memberikan makanan kepada seorang pakcik tua yang sedang melintas di hadapan kereta beliau.

Kejadian yang berlaku semasa lampu isyarat merah di Pokok Asam, Langkawi itu telah menyentuh hati pemuda ini kerana mulianya hati wanita ini walaupun berlainan agama dan bangsa beliau tetap menjaga kebajikan sesama manusia.

Dapat diperhatikan di dalam foto tersebut, kelibat wanita berbangsa Cina menghampiri lelaki warga emas dan memberikan bungkusan makanan.

"Saya terkesan melihat seorang perempuan telah keluar dari kenderaannya semasa trafic light berwarna merah berdekatan KFC Pokok Asam untuk memberikan sedikit makan kepada warga emas yang sedang melintas jalan.

"Begitu mulianya hatimu wahai sang pemberi..walaupon bukan beragama Islam, beliau tetap menjaga kebajikan kepada sesama manusia atas dasar perikemanusian..", tulisnya di laman Facebook.

IKLAN

Pemuda ini turut mengucapkan terima kasih dan berharap pengkongsian ini sampai kepada wanita itu.

"Semoga post ini dapat sampai kepada tuan yang memberi makanan kepada warga emas tersebut... TERIMA KASIH SANG PEMBERI.

"Keluhuran hati dan peribadi seseorang bukanlah dilihat berdasarkan bangsa, kaum atau agama tapi ia sebaliknya lahir dari dalam kita," tambahnya lagi.

Tinjauan di ruang komen rata-rata orang ramai memuji tindakan wanita itu.

Sumber : Facebook Mohd Aminudin

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN