Ikuti Kami:

Pemuda Ini Hasilkan Video ‘Stop Motion’ Guna Peralatan Di Rumah Sahaja

Pemuda Ini Hasilkan Video ‘Stop Motion’ Guna Peralatan Di Rumah Sahaja

Umum menyedari bahawa kita sudah masuk fasa ke-4 dalam melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP).

Oleh itu, sepanjang PKP ini dilaksanakan sehingga hari ini, sudah pasti ada saja idea kreatif yang sudah tercetus daripada fikiran segelintir masyarakat di Malaysia.

Sama seperti seorang pengarah tempatan Quek Shio yang berbakat ini. Difahamkan, beliau sangat meminati sukan berbasikal. Tetapi, disebabkan beliau sangat rindu untuk berbasikal, maka terhasillah video stop motion yang kreatif ini.

Menariknya, dalam menghasilkan video ini beliau hanya menggunakan segala peralatan peribadi miliknya sahaja

Melihat hasil video tersebut, kita dapat lihat kegigihan Quek Shio untuk menghasilkan video tersebut.

Mana tidaknya, untuk menggabungkan lebih seribu gambar dalam menyiapkan sebuah video sahaja bukanlah sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika ianya dilakukan seorang diri.

Untuk pengetahuan anda, Quek Shiro juga pernah menghasilkan video iklan raya TNB Konvoi Epik Raya Fantastik tahun lalu.

Jom fikirkan sesuatu yang kreatif juga.

Sumber

Komen
Loading...