Ikuti Kami:

Pemuda Bermurah Hati Beri Duit Raya Kepada Mak Cik RELA

Pemuda Bermurah Hati Beri Duit Raya Kepada Mak Cik RELA

Ahad lalu semua umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana sederhana namun masih meriah berikutan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Oleh kerana tidak dapat pulang ke kampung, kebanyakan kita menghabiskan masa di rumah bersama keluarga terdekat sahaja.

Namun, ada juga yang perlu bekerja pada hari raya pertama ini terutamanya mereka yang berkhidmat untuk masyarakat. Sikap seorang pemuda yang bermurah hati memberikan duit raya kepada seorang mak cik RELA ini, menyentuh hati ramai pihak.

“Pagi semalam singgah Maybank cucuk duit raya sikit. Bila masuk kereta, terpandang mak cik RELA. Hari raya pun mak cik bekerja.”

Di dalam perkongsian itu, lelaki tersebut memberitahu semasa sedang mengeluarkan duit dari bank dia ternampak mak cik RELA yang bekerja di hadapan bank. Dia kemudian memasukkan duit di dalam sampul duit raya dan memberikannya kepada mak cik tersebut.

 

Perkongsian ini turut menarik perhatian anak kepada mak cik tersebut yang mengucapkan terima kasih di atas pemberian duit raya itu. Dia memberitahu dia sendiri berasa cukup terharu melihat sikap prihatin yang ditunjukkan lelaki tersebut yang sudi berkongsi rezeki.

 

Sementara itu, lelaki ini turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berkongsi rezeki dengan mereka yang lain. Rata-rata netizen turut mengucapkan terima kasih kerana menunjukkan sikap yang baik yang patut dicontohi oleh orang ramai.

Komen
Loading...