Ikuti Kami:

Pemimpin NGO Terkenal Kutip Dana Palestin Dicekup Berdua-duan Dengan Wanita Di Hotel Ibu Kota

Pemimpin NGO Terkenal Kutip Dana Palestin Dicekup Berdua-duan Dengan Wanita Di Hotel Ibu Kota

Memetik Malaysia Kini, seorang pemimpin NGO yang terkenal dengan usaha mengumpul dana untuk rakyat Palestin telah ditahan JAWI di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Berita mengejutkan itu ternyata telah membuatkan figura yang terkenal dalam memperjuangkan hak palestin itu terpalit dengan kontroversi apabila keduanya ditemukan dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, lelaki itu dilihat memasuki bilik hotel kira-kira jam 2 petang dan wanita berkenaan yang juga seorang aktivis NGO dilaporkan sudah berada di situ lebih awal.

Lelaki berkenaan yang juga sudah berkahwin dan mempunyai anak telah ditahan sepasukan pegawai JAWI kira-kira jam 4.45 petang hari yang sama.

Dalam insiden itu, lelaki berkenaan cuba melarikan diri namun gagal.

Alasan yang diberikan pula adalah kerana ingin menyerahkan barang kepada wanita itu namun sebab itu gagal meyakinkan pegawai JAWI.

Komen
Loading...