Ikuti Kami:

Pemilik Motosikal Diminta Tampil Buat Laporan Selepas Tular Isu Dakwaan ‘Diganggu’ Polis

Pemilik Motosikal Diminta Tampil Buat Laporan Selepas Tular Isu Dakwaan ‘Diganggu’ Polis

Pemilik motosikal yang tular di media sosial kerana dakwa ‘diganggu’ dua anggota polis di sebuah stesen minyak di Subang Perdana, diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, memaklumkan pihaknya telah mengesan rakaman CCTV berdurasi 3 minit 18 saat yang memaparkan kejadian tersebut sekitar jam 1 petang semalam.

Dalam rakaman itu, petugas rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Kampung Baru Subang mendekati sebuah motosikal di stesen minyak berkenaan.

Untuk makluman, pemeriksaan kenderaan adalah tugas harian yang dijalankan setiap petugas rondaan cegah jenayah di lapangan.- Katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, penularan rakaman itu boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Pemilik motosikal itu diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan rakaman video yang boleh menjatuhkan imej PDRM tanpa kesahihan.- Tambahnya.

Mohd Hafiz turut mengingatkan bahawa mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Komen
Loading...