Ikuti Kami:

Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk “Rider” Melalui TEKUN Mobilepreneur

Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk “Rider” Melalui TEKUN Mobilepreneur

TEKUN NASIONAL (TEKUN) tawar pembiayaan maksima sehingga RM 10,000 untuk rider dibawah TEKUN Mobileprenuer 2.0 yang akan dilancarkan pada 7hb Julai 2020.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, pembiayaan ini terbuka bagi semua rider yang berdaftar dengan syarikat ‘e-hailing’ seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoexpress dan Mr Speedy.

“Pembiayaan ini bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan kepada rider yang melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Peruntukan awal sebanyak RM 1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal. Tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM 4 juta akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu melalui TEKUN Mobilepreneur 1.0 telah ditawarkan pembiayaan khas sehingga RM 2,000 untuk modal pusingan dan baikpulih motosikal (interest free) yang telah dilaksanakan sejak April 2020 sehingga 23hb Jun 2020.

Program itu diperuntukan untuk 500 pemohon (rider) terawal di mana seramai 211 pemohon dengan nilai RM 394,000 telah diluluskan permohonan sehingga 23hb Jun 2020.

Program ini diharap dapat membantu rider mengekalkan kesinambungan ekonomi masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web TEKUN NASIONAL di www.tekun.gov.my.

Komen
Loading...