Pemandu E-Hailing Hilang Sejak Seminggu Lalu Dipercayai Selepas Hantar Penumpang Ke Perak
- oleh Mohd Indera
- 4 bulan lalu
Peningkatan kes orang hilang dan yang masih belum dijumpai menaikkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apatah lagi kebanyakan kes berakhir dengan berita buruk seperti individu tersebut ditemui maut.
Terbaru, seorang lelaki dilaporkan hilang dan gagal dihubungi oleh ahli keluarganya sejak seminggu yang lalu.
Keluarga memohon orang ramai membantu mereka mencari dan menjejaki Syahrul Ashraf Dahlan, 33, yang hilang sejak Jumaat lalu, 12 Julai.
Menurut abangnya, kali terakhir dia berhubung dengan Syahrul Asyraf adalah pada Khamis lepas dan sejak itu dia sudah tidak dapat lagi menghubungi adiknya.
Dia ada cakap mungkin akan hantar penumpang ke Teluk Intan, Perak namun terus gagal dihubungi sehingga ke hari ini
Katanya lagi, adiknya tidak menunjukkan perubahan sikap atau mengadu tentang sebarang masalah ketika mereka berbual menerusi Whatsapp, Khamis lalu.
Tambahnya, isteri Syahrul Asyraf dan empat anaknya berusia 2 hingga 9 tahun masih menanti kepulangannya di rumah mereka di Pandan Indah, Ampang.
Difahamkan satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Pandan Indah pada Ahad lalu dan kami harap orang ramai dapat bantu salurkan maklumat.
Menurut ahli keluarga mangsa, beliau tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak lelaki itu bekerja sebagai pemandu e-hailing di bawah syarikat tempatan.
Sementara itu, polis mengesahkan telah menerima laporan dan berkata kali terakhir Syahrul Asyraf menghubungi keluarganya di Melaka adalah pada Jumaat ketika dia memandu kereta Proton Persona berwarna coklat.