‘PEKIK’: Dokumentari Terbaik FFM33 Disambut dengan Persembahan Eksklusif
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu
Dokumentari ‘PEKIK’, yang menghidupkan semula atmosfera muzik independen era 90an, telah dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33). Majlis anugerah tersebut berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kemenangan ini didedikasikan khas untuk komuniti muzik independen tempatan, seperti yang dinyatakan oleh Pengarah ‘PEKIK’, Fareeq Alias, sewaktu menerima trofi kemenangan di pentas FFM33.
Bagi meraikan pencapaian tersebut bersama peminat, satu acara khas bertajuk ‘Gemersik dialun Pekik’ akan berlangsung pada 28 Disember 2024 di Black Box, Damansara Performing Arts Centre.
Acara ini menawarkan pengalaman muzik akustik istimewa dengan menampilkan 10 kumpulan independen tempatan.
Acara akan dibahagikan kepada dua sesi pada hari yang sama:
PERSEMBAHAN 1: Masa: 2:30 PM
Artis: Republic of Brickfields, Emmett I, The Exact, Tam, Motherland
PERSEMBAHAN 2: Masa: 7:30 PM
Artis: OAG, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G), Pesawat, Francis Wolf, Private Whizz
Selain itu, persembahan unik dikir barat akan turut dipersembahkan, memaparkan kekayaan seni budaya tradisional Malaysia dalam landskap muzik moden.
Menariknya, setiap pembeli tiket acara ini akan menerima akses percuma untuk menonton dokumentari ‘PEKIK’, menjadikannya peluang istimewa bagi mereka yang terlepas menonton di Astro First & Viu.
Acara ini dianjurkan oleh Stereo Pixels Sdn Bhd dengan sokongan Tourism Malaysia. Tiket masuk, yang terhad kepada 120 tempat untuk setiap sesi, dan cenderahati rasmi boleh didapati di laman web rasmi: https://pekik.stereopixels.com.
Jangan lepaskan peluang menyertai perayaan muzik independen dan budaya unik ini!