Dalam usaha menyelamatkan Nissan serta memastikan syarikat ini mampu bertahan dalam tempoh yang panjang, Nissan menerusi pelan penstrukturan terbaru telah memilih untuk menutup kilang mereka di Barcelona, Sepanyol serta di Indonesia.
Keputusan yang dibuat ini bagi memastikan syarikat ini terus bertahan ini walau bagaimanapun telah mengundang protes di kalangan para pekerja di Barcelona
Dilaporkan para pekerja tampil menunjuk perasaan dengan membakar tayar di hadapan kilang yang sudah beroperasi lebih empat dekad yang sekaligus memberi kesan kepada 23,000 pekerja di kilang tersebut.
Sejak Carlos Ghosn selaku bekas CEO Nissan mengundur diri daripada Nissan serta melarikan diri keluar daripada Jepun, dapat dilihat situasi syarikat ini semakin merudum.
Situasi menjadi lebih sukar buat Nissan yang sebelum ini berada diambang bankrap terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19 sekaligus memberi impak besar buat kesemua syarikat automotif.
Kilang di Jakarta, Indonesia juga turut ditutup dimana syarikat ini memilih untuk mengurangkan penawaran kereta di peringkat global serta mahu memfokuskan pengeluaran kereta di peringkat ASEAN melalui kilang di Thailand.