Ikuti Kami:

Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Amin Curang, Netizen Sendiri Yang Tularkan Di Media Sosial

Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Amin Curang, Netizen Sendiri Yang Tularkan Di Media Sosial

Peguam Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, menafikan desas-desus yang tersebar di media sosial mengenai rumah tangga aktres itu yang didakwa bergolak akibat Fattah Amin yang berlaku curang.

Katanya, isu curang yang tular membabitkan Fattah dan individu yang rapat dengan Fazura sebelum ini berpunca daripada netizen sendiri.

“Fazura tak pernah buat kenyataan. Yang timbul (dakwaan curang) adalah daripada individu-individu yang membuat kenyataan melalui media sosial. Kita (pihak Fazura) pun tak pernah cakap.

“Dalam permohonan perceraian kita tak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang. Sebaliknya, antara mereka tiada persefahaman.”

Tambah Fakhrul, kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

Sementara itu, Fattah yang kelihatan sugul berkata dia masih sayangkan isteri, anak dan keluarganya.

Komen
Loading...