Ikuti Kami:

Pasaraya Tutup Penghawa Dingin, Azwan Ali Mengamuk Lagi

Pasaraya Tutup Penghawa Dingin, Azwan Ali Mengamuk Lagi

Nampaknya, selebriti kontroversi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kembali menarik perhatian netizen dengan laharannya yang “pedas”. Terbaru, Azwan menerusi akaun Twitternya memuat naik status memarahi tindakan sebuah pasar raya yang didakwa sengaja menutup penghawa dingin.

Azwan turut meluahkan rasa berang dengan pengurusan pasaraya tersebut yang didakwanya terlalu berkira untuk membuka penghawa dingin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sedangkan mereka sudah mendapat banyak keuntungan.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata meminta dirinya bersabar apatah lagi ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Malah, ada juga yang sempat berseloroh mungkin penghawa dingin juga sedang berpuasa.

Harapnya Azwan lebih bertenang dan bersabar di bulan puasa ini.

Komen
Loading...