Ikuti Kami:

Pasar Malam Pertama Mula Beroperasi Jumaat Ini

Pasar Malam Pertama Mula Beroperasi Jumaat Ini

Buat anda yang berada di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, anda boleh mengunjungi pasar malam di kedua-dua kawasan ini yang akan mula beroperasi pada hari Jumaat ini.

Pasar malam itu merupakan pertama yang dibenarkan beroperasi di Terengganu selepas lebih tiga bulan dihentikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac lalu.

Bagaimanapun, peniaga dan pengunjung diminta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Fadli Yusoff berkata, pasar malam peringkat percubaan itu akan beroperasi mulai 3 hingga 7 petang.

“Hanya satu laluan masuk di sediakan kepada pengunjung untuk membeli belah di pasar malam berkenaan dan kedudukan gerai jualan akan dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter seperti ditetapkan oleh KKM.

Selain itu, pematuhan SOP juga tidak membenarkan kanak-kanak dan warga emas untuk pergi ke pasar malam tersebut. Lokasi gerai yang dibina juga mementingkan penjarakan sosial antara satu gerai dan gerai yang lain.

Walaupun ada penjarakan sosial tapi korang jangan lupa untuk jaga kebersihan dan patuhi SOP bila berada di tempat awam tau!

Sumber: Harian Metro

Komen
Loading...