Ikuti Kami:

Panggilan Video WhatsApp Boleh Disertai Sehingga 8 Orang, Messenger Room Sehingga 50 Orang

Panggilan Video WhatsApp Boleh Disertai Sehingga 8 Orang, Messenger Room Sehingga 50 Orang

Seperti yang dilaporkan pada minggu lalu, WhatsApp dan Messenger dikatakan akan meningkatkan lagi jumlah pengguna untuk fungsi panggilan video berkumpulan.

Perkara itu pada awalnya dikesan pada versi Beta dan sokongan tersebut nampaknya bakal ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi.

Memperkenalkan Messenger Room
Messenger Room memudahkan anda menghabiskan masa yang berkualiti dengan rakan, orang tersayang dan orang yang berkongsi minat anda. Buat ruangan langsung dari Messenger atau Facebook, dan undang siapa sahaja untuk menyertai panggilan video anda, walaupun mereka tidak mempunyai akaun Facebook. Bilik akan memuatkan sehingga 50 orang tidak lama lagi.

Memperluas Panggilan Kumpulan WhatsApp
Panggilan WhatsApp adalah cara lain untuk terus berhubung. Tidak lama lagi anda dapat mengadakan panggilan suara dan video berkumpulan dengan sehingga lapan orang di WhatsApp. Seperti sebelumnya, panggilan ini dijamin dengan enkripsi end-to-end sehingga tidak ada orang lain yang dapat melihat atau mendengar perbualan peribadi anda, bahkan WhatsApp.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh syarikat pemilik platform pemesejan tersebut, Facebook, panggilan video dan suara berkumpulan WhatsApp akan ditingkatkan kepada 8 orang pengguna.

Sebelum ini, panggilan berkumpulan untuk WhatsApp hanya terhad kepada 4 orang sahaja.

Facebook tidak mengumumkan secara terperinci bilakah kemaskini tersebut akan dibuat sebaliknya hanya menyatakan tidak lama lagi. Syarikat tersebut mengingatkan juga bahawa setiap panggilan adalah selamat dengan penyulitan hujung-ke-hujung, yang mana sesiapa termasuk WhatsApp sendiri tidak boleh melihat atau mendengar panggilan yang dibuat.

Sumber: Facebook

Komen

Loading...