Ikuti Kami:

Padah Tersalah Pesan, Nak 70 Paket Dapat 70 Kotak!

Padah Tersalah Pesan, Nak 70 Paket Dapat 70 Kotak!

Seorang pengguna Twitter berkongsikan di Twitter masalah yang dihadapi keluarganya apabila bapa saudaranya secara tidak sengaja membeli 70 kotak kerepek.

“he wanted to order 70pkts but the person misinterpreted it into 70box instead and we all didn’t bother checking the invoice until the order came and it was too late to return the items”

Menurut laporan, bapa saudaranya sebenarnya berniat untuk membeli 70 paket kerepek untuk dijual pada hari raya. Namun atas sedikit salah faham dan tiada siapa yang memeriksa invois, dia tidak sengaja memesan 70 kotak kerepek.

Akibatnya individu tersebut terpaksa meminta orang ramai untuk membeli kerepek-kerepek itu darinya. Antara kerepek yang terpaksa dijual semula adalah Sambal Balado dan Singkong Balado.

Dalam gambar yang dikongsikan, ruang tamu rumah individu tersebut dilihat sesak dipenuhi dengan kotak kerepek, jadi dia menulis di Twitter harapannya untuk mengosongkan ruang tersebut sebelum hari raya.

Mujur selepas perkongsiannya tular, ramai yang membantu membeli makanan tersebut dari keluarganya. Di ruangan komen juga berpusu-pusu netizen bertanyakan jika masih ada kerepek untuk di jual.

Sumber : Twitter

Komen
Loading...