Ikuti Kami:

Padah main snooker, 42 lelaki termasuk warga emas didenda RM1,000 ingkar PKPB

Padah main snooker, 42 lelaki termasuk warga emas didenda RM1,000 ingkar PKPB

SUNGAI PETANI: Padah bermain snooker, 42 lelaki termasuk seorang warga emas didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, Sungai Petani hari ini, selepas berkumpul dan bermain snooker dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Hakim Mahkamah, Arif Mohamad Shariff, memerintahkan kesemua tertuduh didenda selepas kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 62 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Arif turut memerintahkan pemilik premis dikenakan hukuman denda RM1,000 dan penjara tujuh hari.

Tertuduh berusia 31 tahun yang berasal dari Bandar Laguna Merbok itu tidak ketinggalan didenda RM7,000 kerana beroperasi tanpa lesen yang sah.

Kesemua tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis ketika melakukan pemantauan ‘Op Covid’ di sebuah pusat snooker di Jalan Mawar 3/3, Sungai Petani, Kedah pada 25 Mei lalu.

Dalam serbuan pada pukul 6 petang itu, polis menahan penjaga serta 27 pemain snooker dan 11 penonton yang berada di dalam premis terbabit.

Polis turut merampas 27 batang kayu snooker, sembilan set bola snooker, resit perniagaan tertera nama pusat snooker berkenaan, segugus anak kunci premis dan wang tunai lebih RM800.

Kesemua mereka dikenakan tindakan dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sumber : Astro Awani

Komen
Loading...