Ikuti Kami:

Padah Gunting Rambut Beramai-Ramai Di Kedai, 13 Lelaki Ditahan Ingkar PKP

Padah Gunting Rambut Beramai-Ramai Di Kedai, 13 Lelaki Ditahan Ingkar PKP

POLIS menahan seramai 13 lelaki kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, Butterworth di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua suspek ditahan di sebuah kedai yang beroperasi untuk pelanggan pada Isnin, kira-kira pukul 3.30 petang.

“Susulan maklumat daripada orang ramai, pasukan polis mengadakan serbuan di kedai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Noorzainy berkata, siasatan awal mendapati pemiliknya secara diam-diam membuka kedai gunting rambut dan membiarkan pelanggan menunggu giliran untuk memotong rambut.

Noorzainy berkata, dalam satu operasi yang diadakan, seramai 20 lagi lelaki ditahan kerana melanggar PKP.

Kesemua mereka ditahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mematuhi PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19

Komen
Loading...