Ikuti Kami:

Ozora: Kuasa Netizen Lawan Kezaliman, Media Sosial Jadi Senjata Tuntut Keadilan

Ozora: Kuasa Netizen Lawan Kezaliman, Media Sosial Jadi Senjata Tuntut Keadilan

Kisah sedih yang menimpa remaja David Ozora pada tahun 2023 kini diangkat menjadi sebuah filem berjudul Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel ini menunjukkan bagaimana kuasa rakyat di media sosial mampu melawan penyalahgunaan kuasa.

Kes ini bermula apabila David dibelasah dengan kejam oleh anak seorang pegawai tinggi kerajaan sehingga koma.

Namun, disebabkan sokongan kuat orang ramai di internet (netizen), kes ini mendapat perhatian luar biasa sehingga pelaku berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.

Pengarahnya, Anggy Umbara berkata, filem ini bukan sekadar cerita jenayah biasa tetapi ia memaparkan bagaimana seorang bapa, Jonathan Latumahina, berjuang demi anaknya dalam sistem yang dilihat berat sebelah.

“Ramai yang tidak tahu penderitaan bapa ini apabila anaknya hanya ada peluang dua peratus sahaja untuk hidup. Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya suara rakyat di media sosial untuk membantu mangsa mendapatkan keadilan,” kata Anggy.

Proses membuat filem ini juga bukan mudah, Pengarahnya Anggy mendedahkan mereka terpaksa merahsiakan tajuk sebenar semasa penggambaran kerana bimbang akan diganggu oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan kisah ini.

“Kami mahu beritahu perkara yang benar walaupun ia pahit. Kami perlu berani langgar tembok ketakutan untuk kritik pihak yang salah guna kuasa,” tambahnya lagi.

Pelakon popular Chicco Jerikho yang memegang watak sebagai Jonathan berkata, ini adalah antara lakonan paling sukar baginya kerana melibatkan emosi yang sangat mendalam.

Selain Chicco, filem ini turut dibintangi oleh Muzakki Ramdhan, Tika Bravani, Annisa Kaila dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan oleh Umbara Brothers, iaitu Anggy Umbara dan Bounty Umbara, dan diterbitkan oleh Umbara Brothers Film dengan kerjasama VMS Studio, 786 Entertainment, Rumpi Entertainment, Makara Produc on, A&Z Films serta Dbay Film Factory.

Bagi anda yang ingin melihat sendiri kisah perjuangan ini, filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 22 Januari 2026.

Komen
Loading...