‘Owner’ Restoran Di Bukit Jelutong Dikecam Penduduk, ‘Sound’ Pelanggan Bagi Reviu
- oleh Mohd Indera
- 7 bulan lalu
Sebuah restoran makanan di Bukit Jelutong menerima kritikan penduduk setempat selepas ramai menyedari cara mereka memberi maklum balas terhadap reviu pelanggan.
Menerusi ‘Bukit Jelutong Community’ di Facebook, seorang wanita telah berkongsi tangkap layar yang memaparkan komen daripada wakil dipercayai pemilik restoran tersebut.
Berdasarkan hantaran tersebut, wanita bernama Nurul itu telah memberikan reviu dan pengalamannya dengan restoran terbabit.
You ada masalah dengan based masam? Portion lauk sikit – you nak banyak, you beli lebih! You ingat semua kedai wajib ikut standard SOP perut you! Tak berbaloi tunggu lama? So jangan beli lagi ye! Nanti tersakit hati lagi.”
Ternyata rupanya ramai warga Bukit Jelutong yang lain pernah ‘terkena’ dengan restoran yang sama.
Menerusi ruangan komen, ramai yang berkata mereka juga pernah memberi reviu dan mendapat komen balas yang tidak profesional sebegitu.
Rata-ratanya bersetuju cara pihak restoran itu memberi komen balas tidak profesional dan ia membuatkan mereka tidak mahu lagi membeli daripada kedai makan terbabit.