Ikuti Kami:

Orang Malaysia Jadikan Nama Gadis Korea Ini Bahan Jenaka

Orang Malaysia Jadikan Nama Gadis Korea Ini Bahan Jenaka

Gadis kelahiran Korea Selatan, So Young tidak semena-mena menjadi bahan jenaka segelintir rakyat Malaysia gara-gara nama samaran (stage name) yang digunakannya.

So Young atau juga dikenali sebagai Babi menerima komen-komen negatif di Instagram miliknya dari rakyat Malaysia.

Hanya kerana nama tersebut membawa maksud khinzir di Malaysia, itu tidak bermaksud anda boleh menjadikannya sebagai satu bahan jenaka. Ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku kerana sebelum ini Dua Lipa juga mengalami nasib yang sama.

Melalui perkongsian terbaru di Instagram @babi_fly miliknya itu, dia meminta rakyat Malaysia menghentikan komen-komen negatif di akaun miliknya itu.

Dia juga bertindak menutup ruangan komen di akaunnya itu selepas ianya dibanjiri dengan komen-komen negatif rakyat Malaysia.

Di dalam kiriman terbaru itu, dia menegaskan tidak mahu bertoleransi dengan mereka yang membulinya di media sosialnya itu. Dia juga tidak teragak-agak untuk ‘block’ semua akaun yang menghantar komen-komen sebegitu di Instagramnya.

“Kenapa anda melakukan perkara ini kepada saya? Hanya kerana nama saya boleh menjadi bahan ketawa kamu? Anda gembira dengan ini?

“Saya tidak berminat dengan bahasa kamu dan saya tidak kisah apa maksud nama saya dalam bahasa kamu. Saya tidak mengenali negara kamu sebelum ini, tetapi kini saya tidak berminat lagi untuk mengenalinya.”

Untuk makluman, So Young merupakan ahli daripada kumpulan Fly With Me yang baru ditubuhkan pada Jun 2019.

Walaupun dia bukanlah individu terkenal seperti artis Kpop yang lain, tindakan buli ini seharusnya dipandang serius oleh orang ramai.

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Dua Lipa menjadi mangsa serangan netizen Malaysia apabila memuatnaik perkataan Babi yang bermaksud bapa dalam bahasa Albania.

Sehinggakan dia terpaksa menukar kapsyen di Instagramnya itu selepas tersinggung dengan komen-komen negatif itu.

Komen

Loading...