Ikuti Kami:

Operasi pasar awam, kenderaan awam diilanjut ketika Ramadan – Ismail Sabri

Operasi pasar awam, kenderaan awam diilanjut ketika Ramadan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 23 April — Kerajaan membenarkan operasi pasar awam dilanjutkan dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang ketika bulan Ramadan, berbanding pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sebelum ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, kerajaan juga memutuskan untuk membenarkan kenderaan awam beroperasi lebih awal iaitu dari pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam, berbanding pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam sebelum ini.

Katanya, kelonggaran waktu ini diberi bagi memudahkan umat Islam membuat persediaan berbuka puasa sepanjang Ramadan.

“Sepanjang bulan Ramadan, SOP (prosedur operasi standard) PKP seperti yang diumumkan sepanjang PKP1, 2 dan 3 masih terpakai,” katanya dalam sidang media harian mengenai PKP di sini, hari ini.

Umat Islam dijangka menyambut 1 Ramadan esok.

— BERNAMA

Komen
Loading...