Ikuti Kami:

Nyanyian Lagu Raya Oleh Abam Bomba Mengiringi Kepulangan Pelajar

Nyanyian Lagu Raya Oleh Abam Bomba Mengiringi Kepulangan Pelajar

Kerajaan telah membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak bermula Isnin ini secara berperingkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu dijangka membabitkan kira-kira 85 peratus atau 53,000 pelajar dan hanya membabitkan kepulangan ke kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar pada waktu siang.

Lagu raya hibur hati
Namun begitu, menerusi satu perkongsian di Facebook dikenali sebagai Zairul Najmi, dia telah memuat naik satu video abang-abang bomba menyanyi girang semasa menguruskan para pelajar untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

Masing2 semangat nyanyi lagu raya
Mereka terlihat begitu bersemangat dan momen tersebut membuatkan suasana yang agak suram bertukar ceria. Video yang diperoleh daripada seorang petugas di Universiti Kebangsaan Malaysia itu telah tular dan mendapat pelbagai respon positif daripada warganet.

Terharu bercampur sebak
Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terhibur melihat gelagat anggota bomba yang sama-sama menghidupkan suasana ceria disamping berhibur selepas seharian penat bertugas.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjadi barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

Kita kena hargai barisan hadapan kita

Rasa sedih pulak lihat mereka kena bertugas

Sumber : Dmm Muslizainun, Zairul Najmi

Komen
Loading...