Ikuti Kami:

Nourul Depp Minta Peminat Henti Spekulasi Duet Bersama Ajai, Tegaskan Tiada Perancangan Berkolaborasi

Nourul Depp Minta Peminat Henti Spekulasi Duet Bersama Ajai, Tegaskan Tiada Perancangan Berkolaborasi

Penyanyi popular, Nourul Depp, 47, meminta para peminat agar tidak membuat perbandingan antara lagu duetnya bersama bekas suami, Ajai, dengan penyanyi lain.

Permintaan itu dibuat susulan namanya disebut-sebut selepas Konsert By Ajai & Mega Friends yang lalu.

Nourul, yang kini menetap di Bali, Indonesia, menyedari terdapat peminat yang bertanya sama ada beliau terbuka untuk berduet semula menyanyikan lagu Keliru bersama Ajai.

Dalam perkembangan terbaru, Nourul mengeluarkan kenyataan tegas melalui Instagram miliknya untuk menjawab laporan dan spekulasi yang tidak benar berhubung isu tersebut.

Beliau meluahkan rasa marah terhadap laporan media yang menyatakan seolah-olah dia bersedia untuk kembali menyanyi bersama Ajai.

“Kami marah dan bengang. Yes, I am professional and to sing back together is not in my plan. Please la. Jangan create story yang tak keluaq dari mulut kami,” tulis Nourul di Instagramnya.

Nourul juga menegaskan bahawa dia dan Ajai kini tidak lagi berkomunikasi, malah tidak mahu bertemu atau berbincang secara langsung.

“We are not in talking term and tak mau pun aih bercakap atau semuka. Tak mau. Tak mau. Tak mau. Hangpa tak tau apa yang kami lalui. Manusia yang kami tak mau jumpa dah,” tambahnya dengan penuh emosi.

Penyanyi itu menamatkan hantaran tersebut dengan permintaan supaya laporan media yang tidak tepat segera diperbetulkan.

Kenyataannya ini jelas menunjukkan bahawa sebarang spekulasi mengenai kolaborasi semula bersama Ajai adalah tidak berasas dan tidak selari dengan perancangannya.

Peminat kini diminta untuk menghormati keputusan Nourul dan tidak lagi mencetuskan sebarang spekulasi yang tidak benar tentang hubungan profesional antara kedua-dua penyanyi ini.

Komen
Loading...